Menyedari pihak mereka digasak dengan pertanyaan kehilangan Neelofa pada episod lalu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan bahawa Neelofa sememangnya mengambil cuti selama dua minggu untuk menguruskan persiapan ke umrah tidak lama lagi.
“Dari awal lagi mereka telah menyatakan hasrat untuk bercuti sepanjang tempoh tersebut kerana sudah merancang untuk menunaikan ibadah umrah”
“Oleh yang demikian, pihak produksi MeleTOP sudahpun membuat perancangan untuk mengundang Siti Nordiana dan Imam Muda Ashraf sebagai hos jemputan bagi menggantikan ketiadaan Nabil dan Neelofa,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.
Menurutnya, seperti tahun-tahun sebelum ini Neelofa akan berehat di bulan Ramadhan kerana ingin berangkat ke Mekah. Bagaimanapun bagi menjawab soalan mengapa Neelofa masih di sini, kerana beliau mempunyai masalah mahram menyebabkan hasratnya untuk menunaikan ibadah terpaksa ditunda.
Sebelum ini Neelofa dikecam hebat kerana tidak hadir dan tidak bersikap profesional ketika pasangan Fattah Amin dan Fazura hadir mempromosikan drama mereka. Ada yang menganggap Neelofa cuba melarikan diri kerana enggan bersemuka dengan Fattah selepas kisah silam cinta mereka.
Manakala pada malam itu hos MeleTOP telah digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad. Khabarnya ramai yang suka melihat gandingan ini menjadi pengacara, siap suruh gantikan Neelofa dan Nabil terus lagi.
"Kenapa Neelofa Tiada Malam Ini"
Kalau masih ingat tempoh hari ketika Fattah Amin dan Fazura tidak dapat hadir ke program MeleTOP, teruk Neelofa dan Nabil Ahmad menyindir pasangan terbabit. Tapi pada Selasa lalu, ketika Fattzura hadir ke program itu, Neelofa pula nampaknya menghilangkan diri.
Begitulah persoalan orang ramai apabila program MeleTOP telah menampilkan Siti Nordiana dan Imam Muda, Asyraf sebagai pengacara pada malam itu. Umum mengetahui Nabil kini sedang berada di Mekah bagi menunaikan umrah bersama isteri tetapi kenapa pula Neelofa turut digantikan.
Rata-rata peminat terkilan dengan sikap Neelofa yang dilihat seperti tidak profesional kerana tidak hadir ke program itu disebabkan kehadiran Fattah dan Fazura. Ada juga yang mendakwa Neelofa sengaja tidak hadir kerana enggan bertentang mata dengan Fattah.
Minggu lalu, Neelofa sempat memberitahu dirinya akan mengambil cuti berkerja kerana ingin mengerjakan umrah. Tetapi kerana sikap tertanya-tanya terlalu tinggi, ada peminat mengintip akaun Instagram beliau dan khabarnya pengacara itu masih berada di dalam negara.
Bermacam lagilah komen-komen peminat dengan teori-teori mereka tersendiri sehinggakan Instagram MeleTOP dihujani lebih daripada 50,000 komen kerana tidak berpuas hati sikap Neelofa yang seperti kebudak-budakkan. Apapun Neelofa masih tidak memberikan komen mengenainya.
SUMBER : www.rotikaya.com






0 Ulasan