"Kami Ibu Bapa Ada Hak Mahu Beri Nama Anak Kami Apa Pun"

Ticker

5/recent/ticker-posts

"Kami Ibu Bapa Ada Hak Mahu Beri Nama Anak Kami Apa Pun"

Sejak nama anak lelakinya, Syeriv Samheizy didedahkan, ramai pihak mempertikaikan nama yang diberikan pasangan, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Ada yang mempersoalkan maksud disebalik nama yang diberikan tetapi bagi Syatilla, beliau menganggap ianya sebagai gurauan dari peminat.

Sam & Syatilla Pilih Nama Anak Syeriv Shamheizy


Selamat melahirkan cahaya mata pertama awal Mei lalu, lama juga masa diambil untuk pasangan, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan nama anak lelakinya itu. Menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka telah berkongsi nama bayi mereka iaitu, Syeriv Samheizy.
Nama bayi yang cukup unik itu mungkin diberikan berdasarkan nama Sam dan Syatilla sendiri. Rata-rata peminat teruja mendapat tahu nama bayi pasangan ini yang memang lain dari yang lain. Bagaimanapun sehingga kini pasangan ini masih menyorokkan wajah bayi mereka.
Sebelum ini Syatilla telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada awal Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Ampang. Berita gembira itu turut dikongsikan menerusi akaun Instagram Sam yang teruja menyambut kehadiran orang baru di dalam keluarga.
Apapun pasangan ini tidak memaklumkan pula maksud di sebalik nama bayi mereka. Tetapi pasti Sam dan Syatilla memilih maksud yang baik dan indah buat anak kesayangan mereka. 
“Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu. Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami. Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun”
“Kami memang jarang membaca komen netizen di laman sosial terutama kepada yang memberikan komen negatif. Lebih baik saya fokus pada perkara lain yang lebih penting buat kami”
Menurut Syatilla, nama anaknya sebenarnya mempunyai maksud yang baik iaitu Syeriv Samheizy yang membawa maksud Yang Mulia. Cuma nama tersebut diubah suai sedikit ejaannya supaya nampak kelainan.
“Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,” katanya kepada Harian Metro mengenai nama anak sulungnya.
Kalau baca di ruangan komen pasangan ini, bermacam reaksi dapat dilihat apabila mendapat tahu nama itu. Selain menanyakan maksud nama, ada juga yang menyindir nama itu susah disebut oleh guru apabila bayi itu bersekolah.
SUMBER : www.rotikaya.com

Catat Ulasan

0 Ulasan