Mood Republik bukanlah satu nama baru dalam penganjuran pelbagai jenis festival yang membabitkan banyak jenama besar dan mereka juga amat terkenal dengan propa pada cara pemasaran mereka seperti melempar duit kepada orang ramai. Apa yang didedahkan oleh Saudara Saiful Nang di Facebooknya semalam amat mengejutkan ramai orang tentang wajah sebenar Mood Republik ini.
Berikut apa yang ditulis oleh Saiful Nang;
MOOD REPUBLIK FESTIVAL NO.1 PALING BIADAB DI MALAYSIA!
Tahun ini sekali lagi penganjur festival yang menggelarkan mereka yang
terbaik dalam pasaran melakukan lagi sekali strategi baling duit mereka.
Sebelum itu, cerita ini panjang lagi...dan baling duit ini hanya
triggering factor sahaja. Sekali lagi, netizen meradang mengatakan itu
tidak patut.
Sudah tahun ke 14 saya meniaga, saya belum pernah lagi terdesak
menjalankan strategi pemasaran yang pada saya menghinakan diri dan juga
yang lain.
Anjing lapar kalau minta makan kemudian kita baling makanan pada anjing
tu pun dia pandai marah dan gigit kita. Ini pula orang. Nak bagi, kan
elok beradab bukan nak bagi habis semua dilempar.
Apa yang saya nak tulis di sini, pada hujung tahun lalu saya dah
suarakan hasrat nak menegur face to face, namun CEO hanya menghantar
bodyguard sahaja. Ditulis secara tertutup namun tiada kesan dan masih
berterusan. Hari ini, saya fikir, elok masyarakat juga tahu apa yang
saya tak berjaya nak sampaikan kepada CEO MR secara tertutup.
Saya komen isu baling duit dahulu. Kalau orang jawa dia pantang betul
rezeki dibaling-baling, dipijak-pijak walaupun kadang-kadang orang Jawa
juga yang baling ambo-ambo masa ada wedding. Budaya ni kena berhentikan.
Hari ini budaya main berebut ambo-ambo dari kecil lagi, nanti besar nak
masuk lorong tol orang potong queue kerana semua berebut-rebut taknak
bagi orang lain masuk, kita pula marah. SEdangkan kita dah ajar mereka
untuk jadi manusia perebut dari kecil lagi. Nanti makcik-makcik yang
suami kena rebut dengan anak dara dan janda muda tak puas hati juga.
Sama juga isu baling duit, pada saya ia "kuwalat" orang Jawa kata. Dalam
bahasa Melayu dipanggil "Biadab". Trick marketing sahaja semua tu.
Kalau dikatakan 50,000 duit turun dari langit, tak ada siapapun audit
dan kira betulkah yang dibaling itu betul jumlahnya. Makcik-makcik,
anak-anak gadis, berasak bergesel dengan bujangan dan suami-suami orang
hingga terselak tudung, terselak kain, terlucut bra semua gara-gara nak
tangkap wang kertas yang jatuh.
Pertama, tukang rebut tu sila lihat harga diri sendiri ada di mana hari
itu? Kerana ada golongan macam kamulah, CEO dan juaknya tiap-tiap tahun
buat trick sama. Yang baling tu dah tentulah moralnya rendah. Dan memang
mereka suka nak diviralkan cerita itupun dan itu juga salah satu teknik
marketing. Saya ni menulis artikel inipun untuk "membantu" marketing
mereka juga.
MOOD REPUBLIK tahun ini kami tidak sertai lagi. Sebagai peniaga tidak,
pelawat juga tidak. Cuma kebetulan minggu sudah terpaksa memenuhi
undangan berbuka puasa bersama Majlis Profesor Negara dan menjengah
jugalah kawan-kawan yang baru nak mencuba MR ini. Rakan-rakan lama yang
berniaga bersama tahun sebelumnya, sudah tak banyak nampak dalam
senarai. Jenama-jenama besar juga sudah tidak kelihatan kecuali satu dua
sahaja yang tinggal. Seperti dijangka, suasana MR Rayafest tahun ini
hambar dan lengang.
Keangkuhan CEO-nya punca kami tarik diri. Kalau ikut jualan,
alhamdulillah kedua-dua kali kami sertainya, kedua-duanya kami buat
untung berganda tapi kalau saya nak penting diri sendiri, saya tak perlu
nak menulis artikel inipun. Mereka terkenal dengan buat expo macam
konsert. Didie Alias akan dibayar untuk menceceh sepanjang festival dan
artis-artis ditabur dengan booth-booth percuma asalkan nak masuk. Jenama
besar yang telah withdraw dipujuk kembali untuk masuk dengan tawaran
percuma pelbagai juga, akhirnya yang membayar kos premium setiap booth
ialah usahawan-usahawan baru nak up. Mendengar cerita-cerita power dalam
preview usahawan MR, memang siapapun tak teruja. Baru dilambung pakej
khusus untuk 50 orang, tak sampai 30 saat habis sold-out seperti piranha
memakan ayam. Sekejap sahaja dah tinggal tulang. Rupanya, sebahagian
besar yang dilihat berlari ke pentas merebut adalah orang yang tak
dikenali dalam industri. Last-last baru tahu, itu semua telah diarahkan
untuk berebut konon-konon macam laku sangat (dipanggil "army").
Hakikatnya, MR berjaya membawa pasar malam ke dalam dewan prestij di
PWTC (dan sebahagiannya dalam dewan biasa-biasa sahajapun). Kepada
usahawan yang rasa teruja orang grab booth macam piranha tu, bawak
bersabar kerana yang booking masa preview ada yang sampai bayar RM6k
untuk satu booth tetapi last-last minute ada orang boleh dapat booth
RM2k sahaja (yg penting penuh dan CEO boleh cakap...booth MR LAKU
KERASSSSS DAN CEO BERMURAH HATI UNTUK UMUMKAN PENJUALAN BOOTH TAHUN
SETERUSNYA).
Berbalik kenapa kami withdraw, mudah sahaja. Kami membuat cadangan
kepada CEO memandangkan event ini HAVOC dengan penggunaan Didie Alias
dan havoc maker yang lain, disarankan supaya menggunakan lebih banyak
speaker kecil yang di letak merata berbanding hanya beberapa speaker
besar yang diletakkan di setiap penjuru. Jika diletak serata speaker
kecil tetapi banyak, orang tak lah rasa bingit dan bunyinya pun sedap.
Tapi bila dia letak di penjuru tepi dan nak bagi orang tengah dewan rasa
kuat, orang depan speaker yang jadi azab sampai 3 hari kena jerit nak
bercakap dengan customer. Sampaikan abg aji punya salesgirl yang ayu-ayu
bertudung labuh dah tumbuh taring juga bercakap mengaum dengan
pelanggan.
Namun, cadangan itu ditolak mentah-mentah. Kami nak jumpa CEO,
dihantarnya bodyguard pula. Akhirnya, persatuan sementara "PERSATUAN
BOOTH DEPAN SPEAKER" bersetuju untuk unplugged speaker itu setelah
rayuan menurunkan volume gagal, lalu dihantarkan kepada kami penyangak
MOOD REPUBLIK yang bahasanya
"BAYAR GANTI RUGI KAMI, ATAU KEMAS BARANG SEKARANG DAN BERAMBUS".
Lalu kami jawab "Bayar dahulu gantirugi booth depan speaker yang tak ada
sales dan semua orang lalu sini tutup telinga". Lalu dengan machonya
bodyguard itu berkata "Jangan sampai CEO turun"
(macam ada aku takut)
Tapi sampai habis event, CEO tak berani lalu depan booth depan speaker.
Kesian dia, ajak jumpa tak mahu tapi hantar bodyguard pulak.
Di situ saya nampak, MR ialah sebuah Festival PROPA LEBIH. Kepada
usahawan sekalian, anda kena cari group whatsap usahawan MR dan di situ
anda tahu cerita sebenar, berapa ramai yang jualannya sampai 7 digit
seperti yang digembar gemburkan oleh CEO dan COO. Nama yang digambarkan
jualan sampai juta-juta itupun, jualannya nak melepasi 5 digit kena
struggle.
CEO bajet tuhan juga ialah orang yang berani menengking pengunjung
menggunakan pembesar suara dan didengari seluruh dewan maki hamun sentap
tak bertamadun dan dengan angkuh menyudahkan makian itu dengan DARI
SAYA CEO MOOD REPUBLIK! Wah!. Kau siapa?
Usahawan kecil yang baru nak up, rasanya elok sewa booth di Kompleks
PKNS sewa RM800 selama 10 hari dari sewa sampai RM6000 satu booth di MR.
Honestly, tak berbaloi. Ok, untuk company saya, memang kita tak ada
masalah dalam jualan. Dia letak kita depan speaker, kita pasang speaker
sendiri lawan. Tapi nanti ada gangster dia datang "Speaker sendiri tidak
dibenarkan".
Percayalah usahawan semua, MR hanya indah khabar dari rupa sahaja. Kalau
jenis peniaga pasar malam, memang sangat sesuai masuk MR kerana crowd
yg datang kebanyakan expect buy 1 free 8 kind of customers. Dah diskaun
dari RM sejuta jadi RM80 boleh minta lagi kurang jadi 80 sen.
Semasa menghadiri buka puasa di PWTC beberapa hari lepas, sempat
menjengah dan benar-benar terasa tahun ini, MR Rayafest mereka sangat
hambar dan traffic boleh saya katakan menyusut hampir 50% (tapi CEO
pasti akan kata, traffic 5 juta orang kan). Pergi sendiri, lihat
sendiri.
Saya pernah mesej kepada guru kepada kedua-dua anak muda CEO dan COO ini
semasa mereka menjalankan preview usahawan 2 tahun yang lalu. Saya
mesej beliau
"Anak murid you, dasyat...I am proud with what you have taught them bro".
Tetapi hingga hari ini, saya masih tidak sampai hati nak menulis kepada
sifu mereka itu "Your anak murid is superior egoistic, arrogant and
snobbish and need to overhaul their attitude". But I know, that sifu is
reading this article.
Sehingga hari ini, tiada satu permohonan maaf dari mereka apabila
peniaga MR lebih 80% komplen tahun lalu kerana traffic yang mereka bawa
masuk ialah traffic pasar malam dan usahawan yang mereka bawa masuk
ialah jenama premium. Akhirnya yang dijawab ialah dengan 1 surat panjang
lebar "DARI CEO" yang jika saya boleh ringkaskan bunyinya ialah...
"Jangan komplen tak buat untung kalau orang lain kebanyakannya buat
untung, gunakan strategi marketing masing-masing...MR dah bawa traffic,
dan bergantung kepada koranglah pandai-pandai nak hidup".
Dalam dewan itu juga, surat itu banyak dibuang peniaga atas lantai
menjadi tempat pijak orang yang lalu lalang. Tahun lepas, semasa MR
Rayafest di PWTC, Bangi Sentral pada hujung minggu agak lengang dari
biasa. Tetapi pada tahun ini, semasa MR berjalan, Bangi Sentral sesak
luarbiasa.
MENGAPA?
Peniaga-peniaga Bangi Sentral yang terkenal dengan butik-butik premium
KEBANYAKANNYA SUDAH TIDAK LAGI MENYERTAI MR. Kepada usahawan yang baru
nak up, atau usahawan yang beli pukal jubah dari Vietnam main harga
timbang kati lepas tu nak jual dengan harga RM100 dapat 3 helai, silakan
ke MR. Untuk premium, datang sahaja ke butik jenama itu sendiri.
MR sudah hilang taring apabila peniaga dan pengunjung adalah orang yang
tidak match. Peniaga premium tetapi crowd pasar malam akhirnya crowd
balik cuma beli makanan sahaja, dan peniaga tak boleh nak berjual. Tapi
semua ini tidak ada masalah jika CEO dan COO-nya tidak angkuh dan boleh
dibawa berbincang.
Apakah jenis manusia yang kita mohon baik-baik nak berbincang dihantarkan kepada kita bodyguard dan gangster?
Kepada peniaga yang terasa MR booth ni hebat sangat, jangan terpedaya
sangat dengan marketing. Kalau tahun lepas, viral bila ada peniaga
kononnya datang nak bayar booth masa hari event tapi penganjur kata
sudah penuh dan peniaga yang kecewa siap baling duit lagi. Viral lah
kemudian video itu sedangkan mesej besarnya ialah nak bagitahu
"Wehhh...MR punya booth gila babi hot, ramai orang melepas...ko lambat, ko melepas".
Sedangkan, itu semua hanya lakonan yang kurang menjadi. Sama macam King
Coco berebut tempat dengan ntah mamat mana di sebuah restoran. Nak
diiklankan restoran tu, tapi buatlah kes berebut tu.
Kepada pengunjung yang terasa kena tahan depan pintu masuk, nak patah
balik tak boleh. Nak ke depan, security kata "Kami tutup sekejap dan
akan buka sebentar lagi, sila tunggu" sampailah orang berkumpul ramai
dari pintu masuk dewan hingga ke jambatan dari main building PWTC ke
seberang sungai....BARULAH CEO BUKA PINTU DAN ORANG MENYERBU seolah-olah
macam setiap masa orang havoc menyerbu, membeli belah macam petik daun
teh. Itu semua dirakam dan semua itu ada tricknya.
Janganlah rasa hebat sangat MR ini sampai orang berebut. Bagi
jenama-jenama besar, MR tidak lain hanyalah tempat untuk FLUSH OLD STOCK
dan bukan tempat buat duit sangat pun. Dari stock memenuhi store dan
menyemak tunggu dimakan lipas, baik flush stock di MR.
Bermula dari baling duit, marketing menipu dengan lakonan, penggunaan
"army" (orang yg dibayar utk berebut) semasa penjualan booth, menangani
pandangan pelanggan dengan cara gangster, CEO yang arrogant, tahan orang
dipintu sampai ramai macam empangan nak pecah sampai orang tua-tua pun
ada sampai nak pengsan-pengsan kena hold traffic semata-mata nak bagi
nampak MR POWER RAMAI ORANG DATANG! dan banyak lagi membuatkan MR
BERJAYA MENJADI FESTIVAL PALING BIADAB NOMBOR 1 ASIA.
Saya tak mahu doakan MR lingkup, tapi saya mahu doakan anak muda ini
lebih berhemah dan menghormati orang lain. Saya menulis apa yang anda
baca hari ini pada hujung tahun lalu secara tertutup, tetapi hingga ke
hari ini tiada lagi perubahan dan keangkuhan bertambah dan mereka tidak
pernah meminta maaf walaupun saya edarkan surat itu secara tertutup
setelah percubaan berjumpa CEO hanya berakhir dengan berjumpa bodyguard
sahaja. Tak payahlah nanti nasihatkan saya lagi, kenapa tak jumpa sahaja
cakap face to face (dah, tak berjaya) ataupun kenapa tak tulis secara
tertutup (sudah). Dan ini memang jalan terakhir.
Hari ini, saya seorang usahawan yang tak ada propa-propa lebih. Saya
percaya dengan Words of Mouth is still the best marketing on earth.
Setelah 14 tahun berniaga dengan lebih kurang 15 jenis perniagaan dengan
berpuluh salesman nak jual gelaran datukship dan mungkin haters yang
agak ramai...saya masih lagi tidak memerlukan bodyguard dan bebas
berjalan ke mana-mana sahaja tanpa perlu rasa takut.
Kita mahu CEO ini berubah, kita bukan mahu anak muda ini lingkup. Tapi
CEO ini perlu tahu, keangkuhan itu bukan karakter yang membuatkan mereka
boleh kekal lama menjadi "NOMBOR 1" (seperti yang mereka katakan). Saya
bukan artis yg dapat booth free, dan mungkin sebab itu CEO susah nak
entertain org macam saya nak berunding. Kerana dia ingat, atau mungkin
sangka....apa sahaja saiful nang boleh buat? Kan?
Sekian
SAIFUL NANG
Bekas Usahawan MR
Bekas Usahawan MR
Pendedahan sebegini sememangnya pada kami merupakan satu penampar siam ataupun mungkin penejarang tepat lagi padu ke kepala untuk mereka yang selalu mendongak ke langit dan tak mahu sesekali ingin tunduk merendah diri.
Jadi apa komen anda tentang perkara ini?




0 Ulasan