AZMAN NAIM bakal muncul dalam naskhah Kampung Pisang karya Mamat Khalid tidak lama lagi.
NAMA penyanyi lagu saduran, Azman Naim tidak asing lagi dalam kalangan pengguna media sosial hari ini
Paling membanggakan, dia turut memikat hati istana apabila diburu dan sudah tiga kali menghadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim untuk berbincang banyak perkara termasuk isu semasa.
Azman Semakin melebarkan kerjayanya dalam bidang seni
Terbaharu Azman disambar pengarah prolifik Mamat Khalid untuk muncul dalam drama sebuah jenama naskhah popular, Kampung Pisang.
@azmannaim44mantra ##gerhana ##kampungpisang ##merdeka @azmannaim44
♬ original sound - AZMAN NAIM 44 MANTRA
Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja walaupun Azman hanya memuat naik sedutan babak pendek dari drama tersebut dalam akaun TikToknya.
Video tersebut juga sudah ditonton lebih 700,000 pengguna TikTok dan mendapat 54,000 tanda suka.
Aduh janganlah separuh-separuh begini. Main hati dan perasaan.
Komen seorang pengguna TikTok. Kemunculan Azman dalam karya Mamat bagaimanapun menimbulkan tanda-tanya. Tunggu!
Sutradara terkenal, Mamat Khalid mengesahkan lakonan Azman buat kali pertama dapat dilihat di layar kaca melalui kempen pesanan khidmat masyarakat arahannya yang bakal disiarkan, pertengahan bulan ini.
Saya mengesan bakat Azman sebelum dia tular dengan lagu My Sejahtera Way, iaitu menerusi akaun Facebook (FB). Gayanya yang selamba membuatkan saya tertarik mengajaknya berlakon.
Dari situ kami mula berkenalan dan berkomunikasi. Dia ada minta keizinan saya untuk mengambil visual sedutan telefilem 18 Puasa untuk dimuatkan dalam video dihasilkannya.
Saya kemudian melamar Azman untuk berlakon dalam kempen khidmat pesanan ringkas anjuran sebuah agensi kerajaan dan Astro yang akan ditayangkan pada 15 September ini.
Tertarik dengan bakat semula jadi dan keperibadian ahli perniagaan berusia 36 tahun itu, Mamat memberitahu, Azman ditawarkan membawa watak baharu yang akan diperkenalkan di bawah jenama Kampung Pisang terbitannya.
Kemunculan Azman akan dapat disaksikan dalam telemovie Kampung Pisang Lockdown yang akan ditayangkan, akhir tahun ini.
Azman akan memegang watak sebagai Gerhana, adik kepada watak Che Purnama lakonan Dewa Sapri. Watak itu dicadangkan Azman kerana wajah mereka ada persamaan.
Saya yakin Azman boleh pergi jauh kerana merendah diri dan sopan. Dia ada aura tersendiri. Kehadirannya dalam keluarga Kampung Pisang diharap dapat memeriahkan lagi karya saya.
Dalam perkembangan lain, Mamat yang semakin sihat, teruja menceritakan pelbagai projek yang bakal diusahakan dan menanti tayangan.
Selepas Kampung Pisang Bersiri-Siri, pengarah prolific ini kembali dengan komedi terbaharu yang berkisar kisah budak penghantar barang berjudul Klik Rider.
Sitkom ini tidak menggunakan formula biasa. Setiap episod ada kesinambungan cerita berbanding sitkom lain yang setiap minggu memaparkan kisah berbeza.
Selain watak utama, sitkom ini juga akan menampilkan ramai pelakon jemputan.
Klik Rider sebanyak 26 episod dibintangi Zahiril Adzim, Jasmine Suraya Chin, Anas Ridzuan, Bulan Terry dan Sharif Zero. Ia bakal ditayangkan pada 19 September ini di saluran Astro Warna.






0 Ulasan