Isteri Mohon Selit Doa Dalam Solat – ‘Luluh Hati Tengok Ismail Sakit’
PELAWAK Shahrol Shiro dan isteri reda menerima ketentuan illahi selepas doktor mengesahkan anak kedua mereka, Ismail Rifqi, hanya memiliki satu buah pinggang.
Isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra dengan panggilan Anna berkata, Ismail hanya memiliki buah pinggang sebelah kiri.
Bukan mudah untuk seorang ibu menerima kenyataan yang anaknya sedang menanggung kesakitan. Seandainya boleh dipindahkan penyakit itu, semestinya sanggup dipikul. Itu situasi yang sedang dihadapi isteri pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanah Syamimi.
Buah pinggang anak kronik
Bagaimanapun, keadaan buah pinggang tersebut tidak berapa baik dan bengkak serta memerlukan rawatan segera.
Sehubungan itu Anna memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anak mereka yang baru berusia lapan bulan itu.
Mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak kami. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Anna berkata anak keduanya itu perlu segera mendapat rawatan kerana kedua-dua buah pinggangnya rosak dan membengkak.
Assalammualaikum. Doktor dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak. Ismail kena dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.
Selit doa dalam setiap solat
Justeru, Anna memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan kesembuhan anak kecilnya itu di samping mengirimkan doa dalam setiap solat.
Dalam masa sama, Anna juga berharap agar dia terus kuat menghadapi dugaan daripada Allah ini.
Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.
Mana tahu atas sebab doa kalian Allah angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna. Doakan Anna kuat. Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. Allah Ya Allah.
Terdahulu, Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Iskandar Rizqi, empat tahun dan Ismail Rifqi.
Selain itu, Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.





0 Ulasan