“Kata dah taubat dah pergi tabligh” - Fara Salleh rimas diganggu Shuk lagi?

Ticker

5/recent/ticker-posts

“Kata dah taubat dah pergi tabligh” - Fara Salleh rimas diganggu Shuk lagi?

Nama Shuk Sahar kembali mencuri perhatian ramai apabila Fara Salleh mendakwa pelawak tersebut masih berjumpa dengannya. Pendedahan itu dilakukan oleh Fara menerusi satu perkongsian di Instagram Story miliknya.


Siapa yang ganggu aku?

Nampak tak siapa ganggu aku?? Siapa datang today? Aku semak!!!! Kata tobat dah pergi tabligh.

Demikianlah tulis Fara Salleh menerusi satu perkongsian di IG Story dimana dia meluahkan rasa rimas kerana masih lagi diganggu oleh seorang lelaki yang tidak berhenti mencarinya.

Menerusi posting tersebut, Fara tidak mendedahkan wajah individu berkenaan kepada umum. Namun begitu, rata-rata netizen mendakwa individu tersebut merupakan Shuk Sahar. Ini kerana, sosok tubuh dan kapsyen yang ditulis oleh Fara itu seolah-olah ditujukan kepada Shuk.

Kata Dah Taubat


Terdahulu, pelbagai kisah kontroversi rumah tangga yang melibatkan pelawak Shuk Sahar viral di media sosial. Bukan itu sahaja, nama Fara Salleh turut didakwa sebagai punca utama kepada masalah yang berlaku. Susulan daripada itu, Shuk cuba untuk memperbaiki diri dan mempertahankan mahligai yang dibina bersama isteri tercinta iaitu Rossa. Terbaru, Shuk dilihat sudah mula berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti dakwah tabligh sama seperti rakan selebriti yang lain.

Sumber Artikel : © Instagram @Fara Salleh

Catat Ulasan

0 Ulasan